SEBUT HARGA JUALAN SISA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN DI KOLEJ KOMUNITI MAS GADING, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

1.     Adalah dimaklumkan Kolej Komuniti Mas Gading, Kementerian Pendidikan Tinggi dalam proses membuat pelupusan Aset Alih Kerajaan dan ingin mempelawa Syarikat tuan untuk Tawaran Harga membeli Aset Alih Kerajaan yang akan dilupuskan melalui kaedah Sebut Harga

2.     Untuk kaedah Jualan Sisa melalui kaedah Sebut Harga, Syarikat tuan dikehendaki menyediakan beberapa dokumen seperti yang akan diperoleh semasa Taklimat Lawatan Tapak seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran dilampirkan.

3.     Syarat utama tawaran harga ini dibuka kepada Syarikat bukan perseorangan dan mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang Membeli Barang Lusuh Perlu Permit PDRM.

4.     Taklimat Lawatan Tapak akan diadakan pada tarikh 25 April 2024 (Khamis) pukul 9.30 pagi yang bertempat di Bilik Seminar, Aras Bawah, Kolej Komuniti Mas Gading. Aset Alih Kerajaan yang akan dilupuskan boleh mula dilihat pada pukul 10.00 pagi sehingga 3.00 petang di lokasi yang dinyatakan dalam Surat Jemputan.

5.     Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini adalah sangat dialukan-alukan. Tuan bolehlah menghubungi saya, Puan Munirah binti Yahya melalui aplikasi WhatsApp, emel atau terus hubungi saya di talian 0149045711 atau telefon pejabat di talian 082763730.

Klik imej untuk pautan ke dokumen Sebut Harga.