- Details
- Hits: 1589
Kolej Komuniti Mas Gading telah beroperasi pada 01 April 2002 di kampus sementara iaitu di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching, Sarawak. Kini Kolej Komuniti Mas Gading telah pun bertapak di kampus tetap yang terletak di Lot 742-75, Of Parent Lot 726, Pekan Bau, Sarawak pada 02 Januari 2009. Kolej ini menawarkan pengajian peringkat sijil dalam bidang Teknologi Maklumat, Lanskap serta kursus pendek dengan pelbagai jenis kursus menarik.
Kolej Komuniti Mas Gading ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.